RAMBUT
MAHKOTA WANITA - By Oleh Norainon Othman
RAMBUT yang sihat, lebat dan hitam berkilat tentunya
menjadi idaman setiap wanita. Oleh itu, tidak hairanlah
rambut dianggap mahkota wanita.
Rambut panjang dan ikal mayang sering dikaitkan dengan
cirri-ciri kecantikan wanita Melayu pada zaman dahulu.
Ini dibuktikan dengan perumpamaan 'hidung mancung bak
seludang, rambut ikal mayang, pipi pauh dilayang, bibir
bak delima merkah dan kaki bunting padi' yang menggambarkan
kesempurnaan fizikal wanita pada zaman dahulu.
Bagaimanapun, perubahan masa menyebabkan pandangan masyarakat
mengenai wanita yang dikategorikan sebagi cantik turut
berubah. Wanita Zaman sekarang lebih suka berambut pendek
kerana kelihatan kemas, ringkas dan mudah diurus. Trend
ini juga disebabkan wanita yang berkarier sentiasa sibuk
dengan urusan masing-masing menyebabkan masa untuk berdandan
terbatas.
Keguguran rambut adalah masalah yang merungsingkan wanita,
lebih-lebih lagi jika semakin hari rambut kelihatan nipis
dan menampakkan kulit kepala. Pemilik Neeta's Herbal di
Jalan Tun Sambanthan Brickfields, Nita Gosalia, berkata
lebih ramai yang mengalami masalah keguguran rambut pada
masa ini berbanding dahulu. Katanya, ini kerana pelbagai
factor termasuk keturunan, kemakanan dan kekerapan mewarna
atau mengerintingkan rambut.
"Berdepan dengan banyak tekanan, tidak cukup tidur,
ketegangan dan pertukaran air danudara ketika berlainan
cuaca menyebabkan masalah kepada rambut", Katanya.
Menurutnya, cara kehidupan orang sekarang yang kerap makan
di luar menyebabkan mereka terdedah kepada makanan mengandungi
banyak bahan perisa, garam, berminyak dan kurang nutrien
hingga menyebabkan kerosakan rambut.