Products
Our Outlets
Send Us an E-mail:
U.K:
NeetasherbalUK@aol.com
U.S.A:

 

 
Utusan Malaysia - 22 Feb 1995

Neeta's herbal Atasi Rambut Gugur

NEETA'S Herbal yang terkenal dengan produk lengkap bagi penjagaan rambut dan kulit muka sedia memberi anda terutama kaum wanita nasihat mengenai rambut.

Jika anda mempunyai masalah rambut gugur, kelimumur, rambut pecah dan berkaitan, sila hubungi kedai-kedai Neeta's Herbal di 237-3, Jalan Tun Sambanthan, Kuala Lumpur nombor telefon (03-2272 4935) atau di cawangannya di Johor Bahru (07-2222663), Pulau Pinang (04-2631591), Seremban (06-7622977) dan Mentakab di nombor telefon(07-2773177). Pemilik Neeta's Herbal, Nita Gosalia berkata, ada beberapa sebab yang menimbulkan masalah kepada rambut yang perlu diketahui ramai.

Ketidak seimbangan hormonal boleh menyebabkan rambut gugur. Hormon dalam tubuh manusia yang tidak seimbang boleh menjadikan seseorang menjadi botak atau gugur rambut. Seorang seorang wanita yang selepas bersalin biasanya menghadapi keguguran rambut dengan banyaknya, kalau tidak dijaga dan dirawati dengan betul, masakah ini boleh menjadi lebih serius, kata beliau.

Tekanan, kebimbangan, makanan yang tidak sempurna, kurang tidur danpelbagai masalah yang dihadapi oleh seseorang ituboleh menjadikan rambut gugur, kata Nita. Penggunaan compuran syampoo terutama campuran kimia juga merupakan sebab utama kepada masalah rambut ini. Penggunaan alat pengering rambut yang terlalu kerap dan lama dan kerting rambut terlalu kerap juga boleh menjejaskan pertum-buhan rambut yang sihat.

Biasanya masalah rambut gugur akan dialami oleh mereka yang berusia 20 tahun ke atas. Nita berkata kedainya sedia menerima pelanggan yang mahu merawat rambut mereka.Antara rawatan yang pusat-pusat rawatan Neeta's Herbal tawarkan ialah bagi menghalang keguguran rambut, kelimumur, botak setempat, jangkitan kulat, rambut tosak (pecah), ramput tidak sihat dan ubah.

Rawatan muka ialah bagi muka berminyak, berjerawat, pigmentasi, kulit berkedut dan lain-lain. Mereka yang berminat boleh juga menjalan kursus rawatan di kedai beliau dan boleh menjalankan perniagaan rawatan kemudiannya.Produk Neeta's Herbal ialah terdiri daripada bahan-bahan herba dan ia adalah selamat untuk kegunaan setiap orang. Sebelum seseorang dirawat, pemeriksaan yang teliti akan dilakukan bagi memastikan apakah masalah yang dihadapi mereka.

Antara bahan-bahan yang digunakan dalam produk Neeta's Herbal bagi rambut ialah daun inai, pudina, daun cermai, amala dan banyak lagi. Untuk rawatan muka bahan yang digunakan ialah kunyit, kayu cendana, juskubis dan pelbagai lagi. Nita telah menjalankan perniagaan rawatan rambut dan mula ini sejak 10 tahun lalu. Pengalaman dan kelulusan dalam bidang berkenaan menjadikan produk Neeta's Herbal mendapat sambutan menggalakkan.

Produk Neeta's Herbal dikeluarkan beliau sendiri dan bahan-bahan herba itu diimport dari India.



 


BACK

Home | Concepts | Treatment | FAQ's | Haircare | Skincare | E-Consultant | Order Online | Our Outlets

Copyright © 2005 by Neeta's Herbal(M)Sdn.Bhd. All Rights Reserved.