Nita
Gosalia .... Bantu selesai masalah rambut
- By Oleh ROSNIZA MOHAMAD
MERASAKAN rambut adalah mahkota paling penting bagi kaum
wanita, mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mencari
pelbagai khasiat bagi mengubati masalah berkaitan rambut.
Dengan pengalaman pahit yang pernah dialami, Nita Gosalia,
35, selaku Pengarah Neeta's Herbal iaitu barangan semula
jadi herba bagi kecantikan rambut, mengambil inisiatif
untuk mendalaminya secara lebih dekat.
Nita berkata, umur remajanya iaitu ketika berumur 17
tahun dilalui dengan penuh keperitan memandangkan keadaan
rambutnya tidak normal seperti orang lain. Nita mengakui
dia seakan tersisih dan terpencil apabila tekanan emosi
mengenai keadaan rambutnya yang semakin botak dari sehari
ke sehari.
"Apa yang saya harapkan hanyalah supaya rambut saya
tumbuh semula. Saya akui, saya merasa rendah diri dan
segan untuk berjumpa kawan-kawan di luar," katanya.
Secara tidak langsung, Nita mengatakan dia akan mula membandingkan
tentang keindahan mempunyai rambut yang sihat dan segar
tanpa ada sebarang masalah.
Nita berkata, dia telah mencuba pelbagai ubat untuk mengubati
tentang keguguran rambut yang dialaminya sehingga merasakan
bahawa keadaan itu tidak boleh dirawat lagi. Tidak mengira
di mana atau berapa kos yang diperlukan untuk merawatnya,
Nita berkata, dia akan segera melakukannya di samping
sentiasa meminta ubat dan vitamin daripada doktor.
Setelah tiada berkesan, Nita berfikir dia harus melakukan
sesuatu yang drastic untuk mengubati keadaan rambutnya
itu. Nita nekad untuk berhijah ke New Delhi, India setelah
mengetahui terdapatnya pakar dalam mengubati masalah keguguran
rambut seperti dirinya.
Keupayaan
Buat pertama kalinya, Nita merasa agak jijik untuk menggunakan
ubat-ubatan tradisional daripada herba tumbuhan semula
jadi. Keadaan itu menurut Nita dijadikan alasan kukuh
baginya untuk berfikiran negatif terhadap keupayaan herba
dalam mengubati masalah keguguran rambutnya.
Dari situ, Nita berkata dia ditegur oleh pakar dengan
mengatakan bahawa ubat-ubatan daripada herba adalah paling
berkesan bagi mengubati segala penyakit dan masalah di
samping dapat memberi khasiat bagi pertumbuhan akar rambut.
Nita deberi kepercayaan untuk menaruh harapan keberkesanan
ubat herba tersebut selama tiga bulan sama ada untuk meneruskannya
atau sebaliknya.
Menurut Nita, dia tetap untuk meneruskannya setelah merasakan
rambut pada bulan pertama pemakaiannya iaitu dengan tumbuhnya
rambut halus dengan lebat sekali. Nita berasa bertambah
yakin dengan perubahan itu sekali gus ia menjadi semakin
panjang setelah melakukannya sehingga masuk bulan keenam.
Sejak itu Nita berkata tumpuan di sekelilingnya mula
bertukar. Daripada menyendiri dan suka berseorangan, kini
sudah berani untuk bergaul dengan orang ramai dan di kalangan
remaja sendiri. Melihatkan kejayaan yang berlaku pada
dirinya, ibu kepada seorang anak ini berkata dia merasakan
perlu untuk dikongsi bersama di samping memberi pengetahuan
kepada orang ramai betapa berkesannya ubatan tradisional
itu.
Nita berkata dia melanjutkan pelajaran di bidang perawatan
rambut dan muka dengan menggunakan bahan semula jadi tradisional
di peringkat diploma di New Delhi dan London. Sellama
tiga tahun setengah mempelajarinya, Nita pulang ke tanah
air dengan membuat produksinya tersendiri khusus bagi
penjagaan rambut dengan bahan-bahan herba seperti syampu,
tonik, losyen, krim dan minyak rambut.
Dengan menggunakan jenama Neeta's Herbal, barangan keluarannya
mendapat sambutan tetapi masih mendapat saingan hebat
daripada barangan mengenai Barat. Nita mengatakan barangan
penjagaan rambut dari Barat memberi impak yang meluas
di kalangan penggunai kerana mereka kurang diberi pendedahan
mengenai produk herba.
Ini katanya adalah disebabkan mereka menganggap bahawa
produk herba adalah merumitkan cara penyediaan dan serta
penggunaannya. Ditambah dengan baunya yang kurang wangi
dibandingkan dengan product dari luar negara, Nita mengakui
pengguna sering menyalahtafsikan tentang keberkesanannya.
Namun, keadaan ini menurut Nita tidak berkekalan setelah
ramai pengguna berpuas hati dengan rawatan yang diberikan
di samping diberi penerangan mengenai penggunaan ramuah
herba pada setiap rawatan.
Kini setelah 13 tahun menialankannva Nita berpuas hati
dengan komitmen yang diberikan oleh pelanggan melalui
14 cawangan kedai di seluruh negara termasuk di Amerika
Syarikat dan London. Tidak hanya bertumpu kepada masalah
lain yang sering diminta oleh pelanggan adalah seperti
masalah kelemumur berkeping, rambut beruban, rambut rosak
serta botak bertompok.